Wednesday, December 5, 2018

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


PENDAHULUAN
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi keempat , sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran.Sekolah juga selau dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak.Pada mulanya fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekpan (seperti membaca, menulis dan berhitung), tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah tidak hanya mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran yang lain. Persekitaran pula membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat.Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah.

ISI-ISI PENTING
Terdapat hubungan Tiga Dimensi iaitu  sekolah – Ibu Bapa – masyarakat dalam mencapai matlamat sekolah.
PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
l  Suasana selesa dan mesra
l  Suasana yang merangsang pembelajaran
l  Menggalakkan pembelajaran koperatif
l  Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
l  Memberi peluang yang sama kepada semua murid

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT
Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran.Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat.Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.

HUBUNGAN SEKOLAH & IBU BAPA (PIBG)
l  Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru
l  Membantu dalam memajukan perkembangan murid
l  Menjaga kebajikan murid
l  Menambah sumber kewangan sekolah
l  Meningkatkan keceriaan premis sekolah
l  Menjayakan aktiviti dan program pendidikan


RUMUSAN
Hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).Ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).

RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat
Nota Topik 13 : Sekolah Dan Persekitaran oleh Encik Zahari Bin Suppian

No comments:

Post a Comment