Wednesday, December 5, 2018

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


PENDAHULUAN
 Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Menurut Lee Shok Mee (1993), alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

ISI-ISI PENTING
Konsep Pengajaran
l  Pengajaran merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan
l  Pengajaran berkesan------ Merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar
l  Pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna
l  Pengajaran merupakan aktiviti intelek
l  Ia melibatkan pemikiran,perasaan, dan penilaian
l  Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka
l  Terdapat dua jenis pengajaran  iaitu pengajaran terkini dan tradisional
l  Dalam pengajaran terkini, terdapat  pengajaran  yang memusatkan kepada murid
l  Dalam pengajaran tradisional, pengajaran memusatkan kepada guru


Ciri-ciri Pengajaran
l  Mempunyai unsur utama iaitu guru dan murid
l  Guru sebagai pengajar dan murid memainkan peranan sebagai murid
l  Melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa & simbol
l  Dijalankan dengan pelbagai bentuk
l  Meliputi segala aspek Proses melibatkan interaksi dua hala
l  Mengandungi unsur sains dan unsur seni

Ciri-ciri Pembelajaran
l  Peringkat mengikut turutan
Rangsangan Pemikiran Perubahan Tingkah Laku
l  Perubahan tingkah laku dari tahap rendah ke tinggi
l  Proses yang berterusan & akan berhenti apabila hilang motivasi atau motif pembelajaran yang sesuai
l  Pembelajaran akan berlaku dari pengalaman atau latihan
l  Perubahan tingkah laku dibentuk dari proses pemikiran dan penanggapan
l  Berlaku atas usaha sendiri mengikut motif atau motivasi seperti keinginan belajar

RUMUSAN
Pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititikberatkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah.Selain itu,segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar.

RUJUKAN
Nota Tajuk 14 : Pengurusan Alam Pembelajaran oleh Encik Zahari Bin Suppian
https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran

No comments:

Post a Comment