Thursday, December 6, 2018

PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN


PENDAHULUAN
Menurut Afidah Mohamat Noh. (2005) menyatakan bahawa Pengurusan Panitia Mata Pelajaran merupakan teras dalam pengurusan kurikulum sekolah khususnya dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan Pendidikan Matematik. Peranannya amat penting dalam usaha menjadikan pengurusan kurikulum Pendidikan Matematik di sekolah-sekolah lebih terancang dan sistematik. Pengurusan Panitia Mata Pelajaran yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Justeru itu, diharapkan maklumat ini dapat membantu merealisasikan harapan dan wawasan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Matematik di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Matematik merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.

ISI PENTING
Dapatan kajian ini dibincangkan secara huraian deskriptif dengan merujuk kepada hasil temu bual yang dilakukan dan carian tentang tajuk yang berkaitan.

Faktor 1: Pentadbiran
Menurut sampel kajian, pentadbir yang berkuasa memimpin kurikulum sekolah adalah penolong kanan pentadbir dan kurikulum. Antara peranan pihak pentadbiran sekolah terhadap panitia mata pelajaran adalah mereka akan menurunkan kuasa kepada ketua panitia bagi menjalankan semua program-program yang dirancangkan bagi tahun semasa yang lebih kepada penigkatan akademik. Antara kaedah yang digunakan oleh pihak pentadbiran bagi menimbulkan rasa tanggungjawab di kalangan guru tentang perlunya penyelarasan kurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah instrument SKPNG2 yang lebih kepada pencerapan yang digunakan oleh guru guru sepanjang tahun berkenaan.
Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian,kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia, pembolehubah pengurusan seperti kepimpinan gruru besar adalah pengaruh utama dalam mennetukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.
Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Pentadbiran adalah satu corak tingkah laku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga dan mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lainuntuk mencapai matlamat yang ditentukan.
Dalam konteks pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut. Sebagaimana yang kita fahami, pendidikan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik. Pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti, menyelenggarakan, merangsang, mengawal dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satusistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan
Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institut pendidikan guru dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti.
Guru di SMK Sri Pantai didedahkan dengan Teknologi Maklumat kerana bagi sampel kajian dengan menggunakan teknologi yang sedia ada dapat menyingkatkan masa untuk melakukan sesuatu perkara tersebut. Sampel juga menerangkan bahawa aktiviti di sekolah ini tidak pernah tidak mendapat sambutan dan guru-guru sangat memberi kerjasama yang jitu kepada program sekolah yang dirancang tetapi sampel juga meluahkan sedikit rasa sedih apabila sesetengah guru tidak mahu membuat program yang telah dirancang.
                Menurut Dr.Abdul Said Ambatong & Norin Farizah Mohd Nuin (2107) bahawa penggunaan teknologi maklumat digunakan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran sebagai contoh dalam mengendalikan sesebuah organisasi seperti pengurusan data murid yang melibatkan data-data yang banyak.



Faktor 2: Pengurusan Ahli jawatan kuasa Panitia
Antara tugas-tugas panitia mata pelajaran yang telah diterangkan oleh sampel kajian kami adalah membuat perancangan untuk tahun tersebut yang mana di dalam mesyuarat panitia yang pertama mereka akan merancang untuk tahun semasa dan mesyuarat yang keempat adalah waktu di mana tugas perlu selesai dibahagikan kepada setiap guru. Sampel juga menambah di dalam mesyuarat yang pertama juga akan diselaraskan bilangan buku yang akan digunakan dan apakah bahan bantu mengajar yang diperlukan bagi tahun semasa tersebut.
Antara peranan pengurusan mata pelajaran juga ialah memperolehi sukatan mata pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ali-ahli panitia. Pengemaskinian yang terbaru ini akan dapat membantu ahli-ahli panitia untuk lebih meningkatkan mutu pengajaran. Penyelarasan penyediaan rancangan tahunan, mingguan dan harian setiap tahun juga merupakan peranan pengurusan mata pelajaran. Rancangan ini sememangnya perlu dilakukan setiap tahun bagi menjadualkan segala aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan selain perancangan pengajaran dan pembelajaran untuk murid.
            Sampel kajian juga menerangkan dalam soalan langkah yang harus diambil bagi membaiki mutu kajian iaitu kerjasama diantara ahli panitia kerana dengan membuat kerja secara berkumpulan barulah akan dapat melihat kekurangan dalam menguruskan sesuatu perkara tersebut. Cara ketua panitia menyelaras kerja akademik guru mata pelajaran bagi kelas kelas seperti yang diterangkan oleh sampel kajian adalah dengan memastikan guru-guru menghabsikan silibus yang telah ditetapkan bagi tahun berkenaan dan guru juga haruslah menyemak buku murid-murid.
Selain itu, penyelarasan soalan-soalan ujian dan peperiksaan bagi setiap tahun juga termasuk dalam peranan pengurusan panitia. Hal ini demikian kerana guru-guru dapat mengenalpasti soalan-soalan yang penting dan menjadi tarikan pada tahun tersebut. Analisis soalan yang dilakukan juga dapat mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
Sampel kajian menyambung semasa soalan berapa kali mesyuarat panitia akan diadakan dan apakah isi yang dibancangkan iaitu mesyuarat akan berlaku sebanyak 4 kali setahun iaitu pada akhir bulan 12, selepas keputusan spm keluar, pertengahan tahun dan yang terkahir adalah selepas penggal yang kedua yang mana mereka akan membincangkan mengenai apakah masalah yang dihadapi dalam jangka waktu tersebut dan apakah cara bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mensyuarat panitia diadakan secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal bagi membincangkan keseluruhan yang telah dirancang dan dilaksanakan. Kerjasama ahli-ahli panitia dalam bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan dapat meningkatkan lagi keberkesanan peranan pengurusan mata pelajaran.
            Pengurusan panitia yang baik akan menjadikan mata pelajaran yang diajar mampu menyumbang kepada kecemerlangan pelajar. Pengurusan panitia juga memastikan pengajaran dan pembelajaran berada pada landasan tema dan skop yang telah ditetapkan jadi pasti aka nada cabaran dalam sesuatu pekerjaan itu. Sampel kajian juga menerangkan memang terdapat cabaran yang agak besar iaitu bagi menarik minat pelajar untuk sesuatu subjek. Sampel kajian merupakan guru matematik yang mengatakan bahawa minat murid dalam subjek matematik itu sangat susah untuk ditarik sehinggakan akhir tahun pun tidak tentu dapat menarik minat murid berkenaan.



Faktor 3: Peranan Pengurusan Mata Pelajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2001:1011), peranan bermaksud bahagian, sandiwara, pekerjaan dan tugas yang dipegang. Menurut Kamus Za’ba 11 (2001:881), pula peranan membawa maksud bahagian, pekerjaan, tugas dan sandiwara. Pengurusan pula bermaksud proses memantau dan menyelaraskan sumber-sumber dengan cekap dan berkesan selaras dengan matlamat organisasi. Peranan pengurusan matapelajaran ini penting dalam memastikan kelancaran sesuatu tugasan.
            Sebagaimana yang telah diterangkan oleh sampel kajian antara kaedah yang digunakan adalah dengan membuat kelas tambahan serta program peningkatan akademik seperti contoh iaitu gerak gempur dan tuisyen rakyat bagi membantu pelajar dalam subjek tersebut. Tindakan yang telah diambil bagi pelajar yang lemah seperti yang dikatakan oleh sampel kajian kami iaitu masalah ini timbul kerana murid itu sendiri tidak mahu hadir kelas yang dibuat oleh guru-guru kerana kehadiran adalah secara sukarela dan lebih parah lagi apabila pihak sekolah menawarkan makanan pun tidak mampu menarik minat murid untuk datang ke kelas tambahan yang telah dibuat. Sampel kajian menambah bahawa tiada kaedah lain selain daripada gerak gempur kerana bimbang jika terlalu banyak program yang dilakukan tidak dapat memberi kesan kepada mereka.
Peranan pengurusan mata pelajaran amat luas jika hendak diterangkan. Hal ini demikian kerana peranan pengurusan mata pelajaran ini amat penting dalam pengurusan di dalam sesebuah sekolah. Peranan pengurusan mata pelajaran ini dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang perlu ditambahbaik dalam meningkatkan nama sekolah. Kerjasama akhir dari semua pihak yang terlibat amat penting dalam mencapai matlamat akhir.
Kami telah menyoal kepada sampel kajian mengenai adakah guru panitia menyimpan markah setiap murid dan jawapan sampel kajian adalah guru panitia akan merekod tiga yang utama iaitu ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun dan markah akhir tahun dan mereka akan menyemak dan membandingkan markah setiap murid tersebut untuk post mortem. Rekod dan data maklumat peribadi murid-murid adalah penting dalam membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah. Maklumat peribadi murid-murid membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang sesuai dengan minat murid. Maklumat seperti ketinggian dan berat badan murid memberitahu guru jika kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang lain. Ini juga membantu guru dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.




Faktor 4: Pelaksanaan Aktiviti Panitia Mata Pelajaran
Menurut Westa (1985:17), pelaksanaan merupakan kegiatan yang dilaksanakan oleh suatu badan atau wadah secara berncana, teratur dan terarah untuk digunakan bagi mencapai objektif yang diharapkan.
            Seperti yang diterangkan oleh sampel kajian antara aktiviti yang dilakukan oleh pihak panitia adalah lebih kepada peningkatan akademik dan mereka akan melaksanakan karnival akademik yang akan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mata pelajaran akademik dan sampel menyambung bahawa sambutan sentiasa menggalakkan kerana carnival akademik berkenaan dijalankan sewaktu pdp.
            Aktiviti adalah satu operasi yang khusus di dalam sesebuah program yang bersama-sama dengan aktiviti yang lain di bawah program yang sama dapat membantu mencapai matlamat program berkenaan. Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. Di bawah pengurusan kurikulum, panitia mata pelajaran memainkan peranan penting dalam merancang aktiviti panitia untuk membantu pelajar dalam akademik. Setiap bidang panitia mata pelajaran akan merancang aktiviti sepanjang tahun. Aktiviti-aktiviti panitia ini memberikan maklumat kepada pelajar. Kebiasaannya, aktiviti yang akan dilaksanakan ialah mesyuarat panitia, ceramah atau kursus bagi mata pelajaran tersebut.
            Aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan akan merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar. Selain itu, aktiviti panitia mata pelajaran juga boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif.

            Dengan adanya aktiviti panitia mata pelajaran, prestasi kurikulum pelajar akan lebih sempurna dan lebih sistematik. Pengurusan panitia yang baik dapat menjamin indiktator kejayaan bagi setiap program yang dirancang akan lebih menyerlah di samping komitmen serta kerjasama yang ditunjukkan oleh semua guru panitia mata pelajaran. 

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru panitia tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020.  

RUJUKAN
Abdul Said Ambotang & Norin Farizah Mohd Nuin. (2017, May 3). Implikasi Reformasi dalam Pengurusan Data Murid di Sekolah. Utusan Borneo Sabah, Diperoleh daripada https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20170503/282518658401831
Afidah Mohamat Noh. (2005). Peranan seorang ketua panitia matematik terhadap pelaksanaan dan pencapaian matematik dalam PMR (satu kajian kes). Tanjong Malim: Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Brent Darwies, Joh West- Burnham (2009) Mengurus Kualiti di Sekolah, Terjemahan Tengku Abdul Aziz Tengku Zainal, Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Haliza Hamzah. (2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd..
Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan sekolah: Suatu panduan lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

No comments:

Post a Comment