Wednesday, December 5, 2018

PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


PENDAHULUAN
Pengurusan murid pelbagai upaya membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.

ISI PENTING
Terdapat beberapa konsep yang dapat digunakan untuk diajar kepada murid pelbagai upaya :
KONSEP PEMULIHAN
Definisi ialah merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.Menurut Tansley (1967) konsep pemulihan merupakan„ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.‟

KONSEP PENGGAYAAN
Definisi ialah melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.Selain itu,pelajaran dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.

KONSEP KEPERLUAN KHAS
Menurut Garciulo (2003)“individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural characteristics. Many of these children may require educational program customized to their unique needs”.
KONSEP PINTAR CERDAS
Menurut Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.Terdapat 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu :
l  Kecerdasan Logik-Matematik
l  Kecerdasan Verbal-Linguistik
l  Kecerdasan Muzik
l  Kecerdasan Kinestetik Badan
l  Kecerdasan Interpersonal
l  Kecerdasan Intrapersonal
l  Kecerdasan Ruang Visual
l  Kecerdasan Naturalis
l  Kecerdasan Eksistensialis

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya.Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di sekolah.

RUJUKAN

No comments:

Post a Comment