PENDAHULUAN
Kepimpinan
merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki sesebuah jabatan
sebagai pemimpin. Organisasi pula adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai
individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang
berbeza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2003). Organisasi yang baik
mempunyai orientasi visi dan misi. Kepimpinan dalam sesebuah organisasi pula
ialah jabatan atau posisi seseorang dalam sesebuah organisasi. Kejayaan
organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesan
dipimpin oleh seorang pengetua yang cemerlang (Abd Karim, 1989). Terdapat empat
gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, Laissez-Faire dan kontigensi.
ISI-ISI
PENTING
AUTOKRATIK
Ø Melibatkan
interaksi sehala di mana pengetua memberi arahan manakala guru-guru hanya
mendengar dan menurut arahan tersebut.
Ø Guru-guru
tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan.
Ø Pengetua
yang mengamalkan kepimpinan ini dapat memastikan pelaksanaan tugas dengan
sempurna.
Ø Namun,
motivasi guru-guru rendah, terlalu bergantung kepada pengetua sahaja dan
menyebabkan suasana menjadi tegang.
DEMOKRATIK
Ø Melibatkan
interaksi dua hala di mana pengetua berbincang, menerima dan memberi cadangan.
Ø Setiap
sesuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti.
Ø Gaya
kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf lain.
Ø Mewujudkan
suasana yang kondusif dan dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan
Ø Dapat
membina disiplin guru, menggalakkan semangat kerjasama, saling menghormati dan
hubungan yang mesra.
Ø Guru-guru
sentiasa bekerja keras walaupun semasa ketiadaan ketua.
LAISSEZ-FAIRE
·
Bertentangan dengan
kepimpinan autokratik.
·
Laissez-Faire bermaksud
tiada keyakinan diri dan tidak menetapkan matlamat.
· Pengetua memberi
kebebasan sepenuhnya kepada para guru untuk membuat keputusan dan kadangkala
guru-guru mengambil tugas ketua.
·
Pengetua tidak membuat
penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta
oleh ahli.
·
Pengetua tidak
menentukan tugas dan tanggungjawab ahli.
·
Pengetua tidak
menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru-guru.
KONTIGENSI
ü Sumbangan
pemimpin terhadap keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung pada gaya
kepimpinan dan kesesuaian situasi yang dihadapinya.
ü Tiada
cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir
organisasi sekolah.
ü Terdapat
tiga faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan mempengaruhi
keberkesanan pemimpin iaitu:
1) Hubungan
antara pemimpin dan anggota
2) Struktur
tugas
3) Posisi
kuasa
DEFINISI
KEPIMPINAN PENGAJARAN
Southworth
(2002) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan
pembelajaran termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan
pelajar. De Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah
segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang
diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran dalam kalangan murid.
DEFINISI
KEPIMPINAN BILIK DARJAH
Hook
dan Vass (2000) mendefinisikan kepimpinan bilik darjah sebagai satu kemahiran
di mana guru menggunakan kepimpinan untuk mengurus dirinya sendiri dan
berkomunikasi dengan yang lain, mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari
dengan interaksi dua pihak, menyampaikan visi kepada murid-murid dana
meyakinkan mereka supaya mengikutinya.
JENIS-JENIS
GAYA PENGAJARAN
RUMUSAN
Kepimpinan
dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Pengetua
berperanan sebagai pemimpin dan setiap guru mempunyai peranan masing-masing.
Terdapat beberapa gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, Leissez-Faire
dan kontigensi. Di dalam sesebuah organisasi perlu ada carta organisasi.
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment