Friday, November 30, 2018

STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN


1. PENGENALAN
Pada zaman dahulu, lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok  besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah. Sekarang, sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Selain itu, padang sekolah, yang digunakan juga dianggap sebagai bilik darjah. Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu kelas. Menurut Marland 1975, suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pembelajaran. Terdapat empat jenis bilik darjah iaitu bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM, bilik darjah Mata Pelajaran Khas (KBSM) dan bilik darjah terbuka.

2. ISI PENTING
Tiga isi penting yang dapat diperolehi daripada topik ini ialah penyusunan bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan juga iklim bilik darjah.

PENYUSUNAN BILIK DARJAH


1.1              Penyusunan bilik darjah
·         penyusunan bilik darjah amat penting kerana mampu menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran.
·         Menurut Sharifah Alwiah Alsagof (1986: 44), persekitaran bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru.
·         Tempat duduk pelajar tidak boleh diubah bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan pelajar.
·         Meja guru pula haruslah berada di hadapan kelas bagi memudahkan guru untuk membantu murid.
·         Penyusunan kerusi dan meja pelajar haruslah berkait rapat dengan strategi dan pendekatan pengajaran pembelajaran (KPM 1989:9). 
·          Sumber pembelajaran dikelaskan kepada empat jenis iaitu sumber asas, sumber bukan elektronik, sumber elektronik dan sumber yang bercorak pengalaman.
·         Alat bantu mengajar mempunyai lima tujuan utama iaitu memberi ransangan, menjelaskan penerangan, menjimatkan masa, mempelbagaikan kesihatan dan menyeronokkan pelajar.
INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

1.2          Interaksi dalam bilik darjah
·       Interaksi bermaksud satu proses saling bertindak yang berlaku di antara  sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.
·       Terdapat lima jenis interaksi bercorak lisan iaitu interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan akhir sekali interaksi berkomputer.
·       Pembentukan interaksi dalam bilik darjah termasuklah keadaan emosi bilik darjah, kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai, penggunaan kaedah kumpulan, memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori dan juga guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran.
·       Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar berteknologi, sikap guru yang baik dan lakukan kegiatan pemulihan bagi pelajar yang bermasalah.
IKLIM BILIK DARJAH

1.3     Iklim bilik darjah
·         Suasana bilik darjah yang kndusif penting bagi mewujudkan P & P yang berkesan.
·         Terbahagi kepada tiga iaitu suasana sosial, suasana fizikal dan suasana emosi.
·         Perancangan dan penyusunan bagi susunan fizikal bilik darjah melibatkan mengorganisasi, merancang, penggunaan ABM, APB, kerusi, meja, papan putih dan sebagainya.
·         Bagi suasana sosial bilik darjah pula, guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri (teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan indivdu dengan pelajar).
·         Suasana emosi bilik darjah adalah lebih penting daripada suasana fizikal dan sosial.
·         Suara yang digunakan haruslah jelas, kelucuan dilakukan bagi mengurangkan ketegangan, penggunaan pujian terhadap murid, menggunakan kawalan jenis positif dan negatif, akhir sekali kepimpinan dan kaedah mengajar.
3. RUMUSAN
Kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan penyusunan bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan iklim bilik darjah. Penyusunan meja pelajar dalam bilik darjah tidak boleh diubah- ubah untuk mengelakkan kekeliruan. Alat bantu mengajar berteknologi juga harus digunapakai dalam kelas dan guru haruslah mempunyai suara yang jelas bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Suasana P&P yang demokratik pula akan menggalakkan pelajar untuk bekerjasama antara satu sama lain. Hal ini akan mampu membuatkan pelajar mendapat input secara maksimum.
4. RUJUKAN
Faten Munerah binti Mohamad Ariffin, Siti Aliah Munirah Bt Ngami, Nurul Asleeza Bt Ramlee dan Fymila Jessica Nandoh. (2015). Strategi Mengurus Bilik Darjah



No comments:

Post a Comment