Friday, November 30, 2018

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID




1. PENGENALAN
Mengikut kamus pelajar edisi kedua, pengurusan bermaksud perbuatan atau hal mengurus sesuatu seperti syarikat, badan perniagaan dan lain-lain dan mengikut kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang pelbagai hal. Pengurusan murid terbahagi kepada beberapa komponen iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring.

2. ISI PENTING
Bimbingan ialah proses membantu individu membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Dalam konsep pendidikan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Ciri-ciri bimbingan adalah bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang, proses untuk membantu individu atau kumpulan, bimbingan diberikan kepada individu yang memerlukan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya serta bimbingan juga tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.
Seterusnya, penasihatan adalah menasihati individu atau kumpulan dan mengikut kamus dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang pelbagai hal. Ciri-ciri penasihatan adalah berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpu kepada diri individu yang bermasalah, lebih kepada berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain dan memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nsihat itu meninggalkan kesan. Contoh orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
Terdapat lima fasa dalam proses bimbingan dan penasihatan. Fasa pertama iaitu fasa kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan seolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini dan penekanan harus diberikan kepada guru yang mengajar pelajar tersebut kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai peljar tersebut berbanding guru yang tidak mengajar pelajar tersebut. Pada fasa kedua iaitu fasa menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan, proses mengenali pelajar, semua guru hendaklah dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Penguasaan kemahiran-kemahiran asas boleh dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan dan pada fasa ke-3 iaitu proses mengenali pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan. Fasa ke-4 adalah proses membimbing pelajar dan secara khususnya, pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Pada fasa terakhir iaitu fasa analisis penilaian dan fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing.
Selain itu, mentoring ialah proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu. Mentoring melibatkan mentor dan mentee dan mentoring juga mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee. Dalam konteks pendidikan, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling, dan penilaian mentor untuk membantu mantee mendalami perkembangan professional. Ciri-ciri mentoring adalah mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan, untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif, bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee, bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan serta menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.
Di samping itu, proses mentoring adalah dengan menjalinkan hubungan, merunding persetujuan atau perjanjian, perkembangan profesionalisme mentee dan menamatkan hubungan. Ketika proses menjalinkan hubungan, mentor dan mentee diberikan masa dan meningkatkan usaha supaya hubungan terjalin antara mentor dan mentee. Kemudian, ketika proses merunding persetujuan atau perjanjian, mentor dan mentee hendaklah mencapai persetujuan bagi mewujudkan perhubungan yang harmoni dengan melaksanakan dan mematuhi persetujuan yang telah dipersetujui oleh mereka. Proses perkembangan profesionalisme mentee merupakan langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Pada proses terakhir iaitu proses menamatkan hubungan dan proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan. Namun begitu, dalam sesetengah kes perhubungan mentor-mentee tidak berakhir begitu sahaja malah hubungan tersebut berkembang kepada hubungan yang lebih kukuh dan kekal.

3. RUMUSAN
Kesimpulanya, pengurusan penasihatan murid amatlah penting di dalam sesebuah sekolah kerana pengurusan murid memainkan peranan yang penting dalam membantu peljar menyelesaikan masalah mereka jika masalah tersebut menggangu pelajaran mereka. Setiap guru hendaklah mempunyai kemahiran asas dalam kaunseling agar guru tersebut dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah mahupun meluahkan masalah mereka. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan penasihatan murid dalam persekitaran sekolah.

4. RUJUKAN
Bali, N., & Othman, M. (2017, September 1). Keterlibatan dan kompetensi kaunseling multibudaya guru bimbangan dan kauseling sekolah terhadap murid berkeperluan khas. Retrieved November 1, 2018, from

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

PERATUSAN MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH 2017


1. PENGENALAN
Disiplin bermaksud peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Ia juga bermaksud proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna. Tingkah laku bermaksud apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang. Ia boleh diperhati, diukur dan dinilai. Berbagai cara disiplin dijalankan seperti mengadakan jadual waktu, buku kedatangan, perhimpunan, pakaian seragam, dan peperiksaan. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian.

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN


2. ISI- ISI PENTING
Tiga isi- isi penting ialah teori punca salah laku pelajar, jenis dan punca devian, serta prosedur disiplin dan tingkah laku.
1.1  Teori
·         Teori fungsionalisme: Menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah.
·         Teori konflik: Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa.
·         Teori interaksionisme: Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi. Contohnya, pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.
1.2  Jenis dan Punca Devian
·         Menurut Merton (1938), terdapat empat jenis devian iaitu Inovasi (innovation), Ritual (Ritualism), Undur (retreatism) dan juga Menentang (rebelliation).
·         Devian inovasi: Suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah.
·         Devian ritual: Tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan.
·         Devian undur: Seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
·         Devian menentang: Menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.
·         Punca: kelas sosial dan jantina.
·         Kelas sosial: Latar belakang budaya keluarga mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Misalnya pelajar dengan latar belakang kelas sosial rendah dikatakan membawa nilai-nilai seperti kekasaran, menunjuk-nunjuk, kekuasaan, tidak mementingkan kelulusan akademik, lebih mementingkan ganjaran yang cepat, dan ingin segera menceburi sektor pekerjaan bagi mendapat wang.
·         Jantina: Kajian menunjukkan devian lebih banyak dilakukan oleh pelajar lelaki seperti merokok, berjudi, membuli, ponteng, samseng, dan vandalisme. Pelajar perempuan sering dikaitkan dengan kesalahan melibatkan cara berpakaian, bersolek, vandalisme dan berpasangan. Pelajar lelaki semenjak kecil lagi diasuh supaya menjadi maskulin sementara pelajar wanita menjadi feminin.

1.3  Prosedur disiplin dan tingkah laku
·         Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini dianggap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim.
·         Walau bagaimanapun, pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi dalam masyarakat.
·         Sekolah sebagai masyarakat mikro seharusnya mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat makro. Dlm masyarakat makro terdapat berbagai-bagai hukuman: penjara, buang daerah, hukuman gantung.
·         Tanpa pendedahan mengenai bentuk hukuman terhadap kesalahan dalam masyarakat, pelajar mungkin tidak sedar akan akibat buruk perbuatan salah laku mereka.
3. RUMUSAN
Masalah disiplin sekolah juga dirujuk sebagai tingkah laku devian. Terdapat pelbagai jenis devian dan faktor terjadinya masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Setiap tindakan disiplin yang dikenakan ke atas pelajar haruslah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI).  Hukuman- hukuman berbentuk penyeksaan, cacian, liar dan melampau ke atas anak murid adalah dilarang sama sekali. Namun demikian, setiap anggota masyarakat khususnya ibubapa haruslah mengambil inisiatif bagi membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

4. RUJUKAN
Shahru Azniza, Azyan Syuzana, Aisyah Aqilah, Muhammad Fitri dan Nadia Amani. (2012). Pengurusan tingkah laku. [slaid pembentangan]. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/cad092448/slide-show-pengurusan-tingkah-laku

STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN


1. PENGENALAN
Pada zaman dahulu, lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok  besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah. Sekarang, sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Selain itu, padang sekolah, yang digunakan juga dianggap sebagai bilik darjah. Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu kelas. Menurut Marland 1975, suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pembelajaran. Terdapat empat jenis bilik darjah iaitu bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM, bilik darjah Mata Pelajaran Khas (KBSM) dan bilik darjah terbuka.

2. ISI PENTING
Tiga isi penting yang dapat diperolehi daripada topik ini ialah penyusunan bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan juga iklim bilik darjah.

PENYUSUNAN BILIK DARJAH


1.1              Penyusunan bilik darjah
·         penyusunan bilik darjah amat penting kerana mampu menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran.
·         Menurut Sharifah Alwiah Alsagof (1986: 44), persekitaran bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru.
·         Tempat duduk pelajar tidak boleh diubah bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan pelajar.
·         Meja guru pula haruslah berada di hadapan kelas bagi memudahkan guru untuk membantu murid.
·         Penyusunan kerusi dan meja pelajar haruslah berkait rapat dengan strategi dan pendekatan pengajaran pembelajaran (KPM 1989:9). 
·          Sumber pembelajaran dikelaskan kepada empat jenis iaitu sumber asas, sumber bukan elektronik, sumber elektronik dan sumber yang bercorak pengalaman.
·         Alat bantu mengajar mempunyai lima tujuan utama iaitu memberi ransangan, menjelaskan penerangan, menjimatkan masa, mempelbagaikan kesihatan dan menyeronokkan pelajar.
INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

1.2          Interaksi dalam bilik darjah
·       Interaksi bermaksud satu proses saling bertindak yang berlaku di antara  sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.
·       Terdapat lima jenis interaksi bercorak lisan iaitu interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan akhir sekali interaksi berkomputer.
·       Pembentukan interaksi dalam bilik darjah termasuklah keadaan emosi bilik darjah, kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai, penggunaan kaedah kumpulan, memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori dan juga guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran.
·       Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar berteknologi, sikap guru yang baik dan lakukan kegiatan pemulihan bagi pelajar yang bermasalah.
IKLIM BILIK DARJAH

1.3     Iklim bilik darjah
·         Suasana bilik darjah yang kndusif penting bagi mewujudkan P & P yang berkesan.
·         Terbahagi kepada tiga iaitu suasana sosial, suasana fizikal dan suasana emosi.
·         Perancangan dan penyusunan bagi susunan fizikal bilik darjah melibatkan mengorganisasi, merancang, penggunaan ABM, APB, kerusi, meja, papan putih dan sebagainya.
·         Bagi suasana sosial bilik darjah pula, guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri (teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan indivdu dengan pelajar).
·         Suasana emosi bilik darjah adalah lebih penting daripada suasana fizikal dan sosial.
·         Suara yang digunakan haruslah jelas, kelucuan dilakukan bagi mengurangkan ketegangan, penggunaan pujian terhadap murid, menggunakan kawalan jenis positif dan negatif, akhir sekali kepimpinan dan kaedah mengajar.
3. RUMUSAN
Kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan penyusunan bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan iklim bilik darjah. Penyusunan meja pelajar dalam bilik darjah tidak boleh diubah- ubah untuk mengelakkan kekeliruan. Alat bantu mengajar berteknologi juga harus digunapakai dalam kelas dan guru haruslah mempunyai suara yang jelas bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Suasana P&P yang demokratik pula akan menggalakkan pelajar untuk bekerjasama antara satu sama lain. Hal ini akan mampu membuatkan pelajar mendapat input secara maksimum.
4. RUJUKAN
Faten Munerah binti Mohamad Ariffin, Siti Aliah Munirah Bt Ngami, Nurul Asleeza Bt Ramlee dan Fymila Jessica Nandoh. (2015). Strategi Mengurus Bilik Darjah



Sunday, November 25, 2018

PENGURUSAN SUMBER

APAKAH TUJUAN MURID DATANG KE PUSAT SUMBER??


PUSAT SUMBER bukan sekadar TEMPAT bahkan ia juga adalah PERKHIDMATAN, KOLEKSI dan AGEN PERUBAHAN

PENDAHULUAN
Pengurusan Sumber melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan organisasi dalam menyusun, merancang, mengarah dan mengawal sesuatu program yang melibatkan sumber yang digunakan dalam proses pengajaran dan pendidikan. terdapat pelnagai jenis sumber-sumber yang dapat membantu pelajar dalam pembelajaran disekolah untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar. pusat sumber sekolah merupakan pusat yang mengandungi bahan-bahan dan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu pelajar dan guru dalam meningkatkan kemahiran belajar dan pemahaman belajar.

Objektif Pusat Sumber

*kecemerlangan pendidikan
*penggunaan kemudahan
*pemupukan tabiat belajar
*penghasilan bahan
*perkhidmatan pembelajaran
*kemahiran maklumat

Fungsi Pusat Sumber

↗ mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperlun kurikulum dan ko-kurikulum
↗ berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
↗ tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
↗ pintu masuk maklumat dari agensi luar
↗ mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
↗ penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat
↗ pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri
↗ penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan
↗ penyedia perkhidmatan reprografi dan rakamsalin

Ciri-ciri Pusat Sumber Yang Berkesan

⇨  warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS
⇨ terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan PSS
⇨ perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses P&P
⇨ lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi
⇨ warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS
⇨ warga sekolah sekoalh faham peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulum
⇨ mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik

Kaedah Pembelajaran Berasaskan Sumber

↺ meliputi satu mata pelajaran tertentu atau melibatkan berbagai disiplin pelajaran
↺ dibimbing oleh guru dan berpusat kepada murid
↺ bersifat individu atau secara kumpulan
↺ menggunakan bahan bagi pembelajaran secara individu atau kumpulan

Komponen Pembelajaran Berasaskan Sumber

⇮ penggunaan buku teks
⇮ aktiviti penilitian
⇮ pencarian bahan dari pelbagai sumber
⇮ latihan penyelesaian masalah
⇮ penggunaan alat pandang dengar

Dasar Pembelajaran Berasaskan Sumber

⇿ pengajaran melalui kerja projek
⇿ pengajaran unit yang berintegrasi
⇿ pendekatan berinterdisiplin
⇿ pembelajaran individu secara aktif

Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Sumber

↠ Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan
↠ PBS berhasrat untuk melibatkan pelajar belajar secara aktif
↠ Dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan
↠ PBS memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan
↠ PBS lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar
↠ PBS boleh mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat

RUJUKAN
Ayuni Nordihan, Hafikah Hazemy, Maisarah Saadon, Sivanisswary Murugaih. (2015). Pengurusan Sumber. [slaid pembentangan]. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/ayuni1994/pengurusan-sumber-pusat-sumber-sekolah



PENGURUSAN MURID

PENDAHULUAN
Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan dengan sistematik kerana ianya mampu mencapai matlamat dan objektif yang ingin dilakukan. Tugas bagi menguruskan berkaitan murid ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang berkaitan dengan aspek disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid. Sememangnya, pengurusan murid dapat melahirkan murid yang berkualiti dari pelbagai aspek seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam pada itu, pengurusan murid juga sangat membantu murid untuk sentiasa konsisten dalam proses pengajar oleh guru dalam kelas. Selain itu, guru juga dapat merancang dengan baik bagi melaksanakan proses P & P dalam kelas dan pada masa yang sama dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Pengurusan murid juga memperlihatkan bahawa perancangan dan pengurusan yang baik dan sistematik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan sempurna. Di samping itu, pengurusan murid juga dapat membina budaya yang baik di antara guru dan murid. Seterusnya, pengurusan murid juga  meningkatkan motivasi murid khususnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan dapat ke menara gading. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam melaksanakan pengurusan murid dengan sempurna dan dapat melahirkan murid yang pelbagai aspek termasuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Komponen Dalam Pengurusan Murid

Pengurusan murid mempunyai beberapa elemen penting yang menentukan objektif yang telah dibuat tercapai. Antara contohnya ialah pengurusan rekod murid, kesediaan belajar murid dan memotivasikan murid. Setiap elemen tersebut mempunyai peranan penting dan tidak boleh dibuat tanpa perancangan yang baik dan rapi. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu melakukan tugas mereka dengan sehabis baik untuk mencapai negara maju pada masa akan datang.

MENGURUS REKOD MURID

1. Pemantapan sistem pengurusan murid di sekolah
*Kad 001 pelajar
*Profil murid mestilah kemas
*Perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar.

2. Pengurusan murid
*mempunyai maklumat yang lengkap mengenai murid yang bermasalah.
*menyelesaikan masalah murid.
*buku rekod maklumat murid.
kad pelajar
KESEDIAAN MURID

keadaan dalam diri sendiri yang ada pada seseorang yang bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesuatu pengalaman pembelajaran yang baru.

Jenis kesediaan belajar:
 kesediaan belajar bergantung kepada kelengkapan diri sendiri dari segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal.

kesediaan kognitif
kesediaan kognitif berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir. perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.

kesediaan afektif
kesediaan afektif merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk menerima pelajaran yang disampaikan. pelajar yang bersifat positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.

kesediaan psikomotor
kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan.
MASALAH PERBEZAAN KESEDIAAN BELAJAR
1. Perbezaan perkembangan mental
- walaupun peringkat umut yang sama, tetapi kanak-kanak mempunyai corak perkembangan kecerdasan yang berbeza yang wujud secara semula jadi. guru menghadapi masalah melayani murid mengikut perbezaan yang wujud.

2. Perbezaan sikap dan minat
-murid yang berminat akan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran daan sebaliknya. walaupun wujud perbezaan ini, murid masih ditempatkan dalam kelas atau aliran yang sama. guru menghadapi masalah dalam memilih isi kandungan, bahan dan alat bantu mengajar.

3. Perbezaan kadar pertumbuhan fizikal
- setiap individu mempunyai corak pertumbuhan unik. kanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama tidak mempunyai kebolehan yang sama. masalah kepada guru dalam merancang pelajaran yang dapat memberi kepuasan kepada murid.

4. Perbezaan keyakinan diri
-pelbagai status sosioekonomi membina keyakian diri yang berbeza. murid-murid yang datang daripada latar belakang keluarga yang miskin dan kurang menceburkan diri dalam pembelajaran aktif.

5. Perbezaan jantina
-lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan fizikal yang berbeza. pertumbuhan peringkat remaja, perempuan berkembang lebih pesat dan mencapai kedewasaan berbanding lelaki. masalah kesediaan belajar berpunca daripada pengaruh nilai kebudayaan terhadap jantina. guru harus menyedari perbezaan jantina semasa membuat rancangan pelajaran.

6. Perbezaan dalam diri individu
-kebolehan yang berbeza dalam bidang tertentu. seorang murid yang cerdik tidk semestinya pandai dalam serba serbi. guru tidak boleh menggolongkan murid sebagai 'pandai' dalam satu bidang pengajaran. perancangan pelajaran perlu mengambil kira masalah perbezaan yang wujud dalam diri individu.

MEMOTIVASIKAN MURID

konsep motivasi...
*tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri.
*akan membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang infin dicapai pada akhirnya.
*bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.


Teknik Instrinsik

Teknik Intrinsik ialah dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk meletakkan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran. berkait dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran. dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang (Bruner 1996). diwujudkan secara semula jadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran. ia juga diwujudkan daripada ransangan luaran dengan tujuan menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.

teknik instrinsik & ektrinsik

CARA GURU MENINGKATKAN MOTIVASI KEPADA PELAJAR

Persekitaran P&P

- menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif untuk pelajarnya.
- tentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu dicapai oleh pelajarnya.
- tentukan penglibatan pelajar-pelaajar dalam semua aktiviti pembelajaran dalam atau luar kelas.

Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif

- mewujudkan suasana tolong menolong antara pelajar.
- mendorong pelajar lemah untuk meningkatkan pencapaian kerja mereka.

KESIMPULAN

Faedah dan kebaikan maklumat kepada masyarakat. Maklumat mudah dicapai melalui Internet. Ibu bapa, pelajar dan warga seluruh dunia dapat membaca maklumat tentang sekolah dari homepagesekolah. Faedah maklumat kepada jabatan dan kementerian. Pihak pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan dan kementerian pendidikan mudah mendapatkan data dan maklumat daripada sekolah. Sistem perisian yang seragam di peringkat daerah , negeri dan negara memudahkan data itu diurus dan digabungkan. Prestasi pendidikan negara dapat dianalisis dengan cepat .Tindakan serta merta dan rancangan jangka panjang dapat dilaksanakan beberdasarkan maklumat tepat yang diberikan oleh setiap sekolah.

RUJUKAN
Saifuddin Zaini, Ilyas Izhar, Fitri Sabri. (2015). Pengurusan Murid [slaid pembentangan]. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/MuhammadIzhar/pengurusan-murid-54694100






Sunday, November 18, 2018

PENGURUSAN BILIK DARJAH

bilik darjah abad 21

PENDAHULUAN
Pengurusan bilik darjah bermaksud proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah juga merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Pengurusan bilik darjah terbahagi kepada beberapa faktor iaitu aktiviti pengajaran berkumpulan, aktiviti pengajaran individu, pusat pembelajaran, pengurusan sumber dan juga penyediaan bahan.


AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN

  • Merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan.
  • Pengkelasan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan dan minat.
  • Murid dikelompokkan dalam kumpulan sama ada mengikut kebolehan atau berbeza kebolehan.


TUJUAN PENGAJARAN BERKUMPULAN

  • Memudahkan guru membimbing murid
 melalui pengajaran secara berkumpulan dapat memudahkan guru membimbing murid secara dekat. Apabila di dalam kumpulan, guru dapat melihat murid yang cerdas dan yang sebaliknya jadi guru dapat membantu pelajar tersebut dengan lebih mudah di dalam kumpulan yang lebih kecil.
  • Menggalakkan penglibatan aktif 
Melalui pengajaran dalam berkumpulan dapat menggalakkaan penglibatan murid secara aktif di dalam kumpulan dengan memberikan bantuan secara sumbangan melalui idea-idea untuk tugasan yang diberikan.
  • Kerjasama antara murid 
Kerjasama antara murid dalam dilihat dengan lebih jelas dengan adanya tugasan secara berkumpulan.
  • Memupuk rasa tanggungjawab 
Rasa tanggungjawab dapat dipupuk dalam diri setiap murid melalui pengajaran secara berkumpulan kerana setiap murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan.
  • Murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah
Pengajaran berkumpulan selalunya dibuat untuk pelajar yang cerdas untuk membantu murid yang lebih lemah untuk sama-sama belajar dan meningkatkan prestasi diri kerana rakan adalah pengaruh yang paling kuat daripada guru.
  • Guru beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan
Melalui kumpulan berdasarkan kemampuan pelajar yang sama, guru dapat memberi tumpuan kepada murid yang lebih lemah berbanding kumpulan pelajar yang lebih cerdas serta guru dapat membimbing lebih kumpulan yang memerlukan.

AKTIVITI PENGAJARAN INDIVIDU

Setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat jadi setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan secara menyeluruh. Pelbagai cara boleh diambil oleh guru untuk membantu proses pembelajaran secara individu ini iaitu mengajar dengan cara perseorangan bagi melihat sendiri peningkatan murid dari masa ke semasa. Peranan guru ialah guru harus memerhati murid seperti kemahian bertutur, membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan bahan. Pengawasan yang bauik oleh guru dapat meningkatkan potensi setiap pelajar

PUSAT PEMBELAJARAN

Apakah pusat pembelajaran?
Pusat pembelajaran merupakan ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi 
Pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Ia diwujudkan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal.
Apakah fungsi pusat pembelajaran?
Fungsi pusat pembelajaran adalah menyediakan ruang, peluan dan bahan kepada murid menggunakan lebih daripada stu deria di dalam sesi pembelajaran. Pusat pembelajaran juga adalah tempat dimana guru dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dengan penekanan penglibatan maksimum dan pelbagai bahan serta tempat bagi mempamerkan hasil kerja murid bagi mebina kreativiti dan keyakinan murid.

BAHAN PENGAJARAN

Bahan pengajaran merupakan apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran dan dikenali sebagai media pendidikan iaitu dalam bentuk perkakasan ataupun bahan perisian. Bahan pengajaran digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Bahan pengajaran digunapakai untuk membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar dan membantu murid untuk lebih memahami apa yang hendak diajarkan oleh guru. Bahan pengajaran terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahan hidup dan bahan bukan hidup. Bahan hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang guru boleh membawa murid secara langsung untuk melihat bahan tersebut. Bahan bukan hidup seperti elektronik iaitu audio dan visual, bukan elektronik iaitu bahan cetak dan bahan bukan cetak dan seterusnya ialah bahan dimensi iaitu semulajadi dan buatan manusia.

PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan sumber bermaksud satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan sempurna. Sumber pendidikan adalah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Contoh pengurusan sumber adalah sebuah rak buku yang terbuka untuk buku dan rak khas ataupun laci untuk peta.

KESIMPULAN
Faedah dan kebaikan maklumat kepada masyarakat. Maklumat mudah dicapai melalui Internet. Ibu bapa, pelajar dan warga seluruh dunia dapat membaca maklumat tentang sekolah dari homepagesekolah. Faedah maklumat kepada jabatan dan kementerian. Pihak pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan dan kementerian pendidikan mudah mendapatkan data dan maklumat daripada sekolah. Sistem perisian yang seragam di peringkat daerah , negeri dan negara memudahkan data itu diurus dan digabungkan. Prestasi pendidikan negara dapat dianalisis dengan cepat .Tindakan serta merta dan rancangan jangka panjang dapat dilaksanakan beberdasarkan maklumat tepat yang diberikan oleh setiap sekolah.

RUJUKAN
Hafiz Amirul Hashimi Samdani, Zulkefli Muhamad, Najwan Ismail, Najib Muti'e Ismail, Afifah Aziz, Fariha Mazri. (2017). Pengurusan Bilik Darjah. [slaid pembentangan]. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/AiisyAfifah/pengurusan-bilik-darjah-kps-3014