PENDAHULUAN
Menurut Afidah Mohamat
Noh. (2005) menyatakan bahawa Pengurusan Panitia
Mata Pelajaran merupakan teras dalam pengurusan kurikulum sekolah khususnya
dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan Pendidikan Matematik. Peranannya
amat penting dalam usaha menjadikan pengurusan kurikulum Pendidikan Matematik
di sekolah-sekolah lebih terancang dan sistematik. Pengurusan Panitia Mata
Pelajaran yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid.
Justeru itu, diharapkan maklumat ini dapat membantu merealisasikan harapan dan
wawasan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Matematik di sekolah
bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Matematik merancang,
mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia
secara berterusan dan berkesan.
ISI PENTING
Dapatan
kajian ini dibincangkan secara huraian deskriptif dengan merujuk kepada hasil
temu bual yang dilakukan dan carian tentang tajuk yang berkaitan.
Faktor
1: Pentadbiran
Menurut sampel kajian, pentadbir yang
berkuasa memimpin kurikulum sekolah adalah penolong kanan pentadbir dan
kurikulum. Antara peranan pihak pentadbiran sekolah terhadap panitia mata
pelajaran adalah mereka akan menurunkan kuasa kepada ketua panitia bagi
menjalankan semua program-program yang dirancangkan bagi tahun semasa yang
lebih kepada penigkatan akademik. Antara kaedah yang digunakan oleh pihak
pentadbiran bagi menimbulkan rasa tanggungjawab di kalangan guru tentang
perlunya penyelarasan kurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
instrument SKPNG2 yang lebih kepada pencerapan yang digunakan oleh guru guru
sepanjang tahun berkenaan.
Pentadbiran dan
pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi
perhatian,kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia,
pembolehubah pengurusan seperti kepimpinan gruru besar adalah pengaruh utama
dalam mennetukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Menurut
Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk
mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi
untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat
ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan
menyumbang kepada matlamat
Dalam sesebuah
organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah
tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat
berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.
Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang
besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.
Untuk mengurus sesuatu
organisasi, seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih
dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Pentadbiran adalah satu
corak tingkah laku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah
proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker pula
menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga
dan mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin,
mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber
lainuntuk mencapai matlamat yang ditentukan.
Dalam konteks
pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.
Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran
yang sihat. Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep
tersebut. Sebagaimana yang kita fahami, pendidikan sebagai agen sosialisasi dan
penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan
individu-individu menikmati kehidupan yang baik. Pentadbiran sekolah ialah satu
proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti, menyelenggarakan,
merangsang, mengawal dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa
yang bercorak manusia dan material kedalam satusistem yang kukuh dengan tujuan
memenuhi objektif yang ditetapkan
Ia meliputi peranan
yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institut pendidikan guru dan
juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain.
Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisai
untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan
mengekalkan struktur organisasi. Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan
pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti.
Guru di SMK Sri Pantai
didedahkan dengan Teknologi Maklumat kerana bagi sampel kajian dengan
menggunakan teknologi yang sedia ada dapat menyingkatkan masa untuk melakukan
sesuatu perkara tersebut. Sampel juga menerangkan bahawa aktiviti di sekolah
ini tidak pernah tidak mendapat sambutan dan guru-guru sangat memberi kerjasama
yang jitu kepada program sekolah yang dirancang tetapi sampel juga meluahkan
sedikit rasa sedih apabila sesetengah guru tidak mahu membuat program yang
telah dirancang.
Menurut
Dr.Abdul Said Ambatong & Norin Farizah Mohd Nuin (2107) bahawa penggunaan
teknologi maklumat digunakan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan
pentadbiran sebagai contoh dalam mengendalikan sesebuah organisasi seperti
pengurusan data murid yang melibatkan data-data yang banyak.
Faktor
2: Pengurusan Ahli jawatan kuasa Panitia
Antara tugas-tugas panitia mata
pelajaran yang telah diterangkan oleh sampel kajian kami adalah membuat perancangan
untuk tahun tersebut yang mana di dalam mesyuarat panitia yang pertama mereka
akan merancang untuk tahun semasa dan mesyuarat yang keempat adalah waktu di
mana tugas perlu selesai dibahagikan kepada setiap guru. Sampel juga menambah
di dalam mesyuarat yang pertama juga akan diselaraskan bilangan buku yang akan
digunakan dan apakah bahan bantu mengajar yang diperlukan bagi tahun semasa
tersebut.
Antara peranan
pengurusan mata pelajaran juga ialah memperolehi sukatan mata pelajaran yang
terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ali-ahli panitia. Pengemaskinian yang
terbaru ini akan dapat membantu ahli-ahli panitia untuk lebih meningkatkan mutu
pengajaran. Penyelarasan penyediaan rancangan tahunan, mingguan dan harian
setiap tahun juga merupakan peranan pengurusan mata pelajaran. Rancangan ini
sememangnya perlu dilakukan setiap tahun bagi menjadualkan segala
aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan selain perancangan pengajaran dan
pembelajaran untuk murid.
Sampel
kajian juga menerangkan dalam soalan langkah yang harus diambil bagi membaiki
mutu kajian iaitu kerjasama diantara ahli panitia kerana dengan membuat kerja
secara berkumpulan barulah akan dapat melihat kekurangan dalam menguruskan
sesuatu perkara tersebut. Cara ketua panitia menyelaras kerja akademik guru
mata pelajaran bagi kelas kelas seperti yang diterangkan oleh sampel kajian
adalah dengan memastikan guru-guru menghabsikan silibus yang telah ditetapkan
bagi tahun berkenaan dan guru juga haruslah menyemak buku murid-murid.
Selain itu,
penyelarasan soalan-soalan ujian dan peperiksaan bagi setiap tahun juga
termasuk dalam peranan pengurusan panitia. Hal ini demikian kerana guru-guru
dapat mengenalpasti soalan-soalan yang penting dan menjadi tarikan pada tahun
tersebut. Analisis soalan yang dilakukan juga dapat mengatasi kelemahan
pengajaran dan pembelajaran.
Sampel kajian
menyambung semasa soalan berapa kali mesyuarat panitia akan diadakan dan apakah
isi yang dibancangkan iaitu mesyuarat akan berlaku sebanyak 4 kali setahun
iaitu pada akhir bulan 12, selepas keputusan spm keluar, pertengahan tahun dan
yang terkahir adalah selepas penggal yang kedua yang mana mereka akan
membincangkan mengenai apakah masalah yang dihadapi dalam jangka waktu tersebut
dan apakah cara bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mensyuarat panitia
diadakan secara berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal bagi membincangkan
keseluruhan yang telah dirancang dan dilaksanakan. Kerjasama ahli-ahli panitia
dalam bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia
di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan dapat meningkatkan lagi
keberkesanan peranan pengurusan mata pelajaran.
Pengurusan
panitia yang baik akan menjadikan mata pelajaran yang diajar mampu menyumbang
kepada kecemerlangan pelajar. Pengurusan panitia juga memastikan pengajaran dan
pembelajaran berada pada landasan tema dan skop yang telah ditetapkan jadi
pasti aka nada cabaran dalam sesuatu pekerjaan itu. Sampel kajian juga
menerangkan memang terdapat cabaran yang agak besar iaitu bagi menarik minat
pelajar untuk sesuatu subjek. Sampel kajian merupakan guru matematik yang
mengatakan bahawa minat murid dalam subjek matematik itu sangat susah untuk
ditarik sehinggakan akhir tahun pun tidak tentu dapat menarik minat murid
berkenaan.
Faktor
3: Peranan Pengurusan Mata Pelajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
(2001:1011), peranan bermaksud bahagian, sandiwara, pekerjaan dan tugas yang
dipegang. Menurut Kamus Za’ba 11 (2001:881), pula peranan membawa maksud
bahagian, pekerjaan, tugas dan sandiwara. Pengurusan pula bermaksud proses
memantau dan menyelaraskan sumber-sumber dengan cekap dan berkesan selaras
dengan matlamat organisasi. Peranan pengurusan matapelajaran ini penting dalam
memastikan kelancaran sesuatu tugasan.
Sebagaimana
yang telah diterangkan oleh sampel kajian antara kaedah yang digunakan adalah
dengan membuat kelas tambahan serta program peningkatan akademik seperti contoh
iaitu gerak gempur dan tuisyen rakyat bagi membantu pelajar dalam subjek
tersebut. Tindakan yang telah diambil bagi pelajar yang lemah seperti yang
dikatakan oleh sampel kajian kami iaitu masalah ini timbul kerana murid itu
sendiri tidak mahu hadir kelas yang dibuat oleh guru-guru kerana kehadiran
adalah secara sukarela dan lebih parah lagi apabila pihak sekolah menawarkan
makanan pun tidak mampu menarik minat murid untuk datang ke kelas tambahan yang
telah dibuat. Sampel kajian menambah bahawa tiada kaedah lain selain daripada
gerak gempur kerana bimbang jika terlalu banyak program yang dilakukan tidak
dapat memberi kesan kepada mereka.
Peranan pengurusan mata
pelajaran amat luas jika hendak diterangkan. Hal ini demikian kerana peranan
pengurusan mata pelajaran ini amat penting dalam pengurusan di dalam sesebuah
sekolah. Peranan pengurusan mata pelajaran ini dapat mengenalpasti kelebihan dan
kekurangan yang perlu ditambahbaik dalam meningkatkan nama sekolah. Kerjasama
akhir dari semua pihak yang terlibat amat penting dalam mencapai matlamat
akhir.
Kami telah menyoal
kepada sampel kajian mengenai adakah guru panitia menyimpan markah setiap murid
dan jawapan sampel kajian adalah guru panitia akan merekod tiga yang utama
iaitu ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun dan markah akhir tahun dan mereka
akan menyemak dan membandingkan markah setiap murid tersebut untuk post mortem.
Rekod dan data maklumat peribadi murid-murid adalah
penting dalam membantu guru membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah. Maklumat
peribadi murid-murid membantu guru menentukan aktiviti atau pengalaman yang
sesuai dengan minat murid. Maklumat seperti ketinggian dan berat badan murid
memberitahu guru jika kadar pertumbuhan muridnya seperti kanak-kanak biasa yang
lain. Ini juga membantu guru dalam perkembangan diri dan sahsiah murid
supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari,
berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk
potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.
Faktor
4: Pelaksanaan Aktiviti Panitia Mata Pelajaran
Menurut Westa (1985:17), pelaksanaan
merupakan kegiatan yang dilaksanakan oleh suatu badan atau wadah secara
berncana, teratur dan terarah untuk digunakan bagi mencapai objektif yang
diharapkan.
Seperti
yang diterangkan oleh sampel kajian antara aktiviti yang dilakukan oleh pihak
panitia adalah lebih kepada peningkatan akademik dan mereka akan melaksanakan
karnival akademik yang akan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mata pelajaran
akademik dan sampel menyambung bahawa sambutan sentiasa menggalakkan kerana
carnival akademik berkenaan dijalankan sewaktu pdp.
Aktiviti
adalah satu operasi yang khusus di dalam sesebuah program yang bersama-sama
dengan aktiviti yang lain di bawah program yang sama dapat membantu mencapai
matlamat program berkenaan. Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas
yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di
sesebuah sekolah. Di bawah pengurusan kurikulum, panitia mata pelajaran
memainkan peranan penting dalam merancang aktiviti panitia untuk membantu
pelajar dalam akademik. Setiap bidang panitia mata pelajaran akan merancang
aktiviti sepanjang tahun. Aktiviti-aktiviti panitia ini memberikan maklumat
kepada pelajar. Kebiasaannya, aktiviti yang akan dilaksanakan ialah mesyuarat
panitia, ceramah atau kursus bagi mata pelajaran tersebut.
Aktiviti-aktiviti
yang perlu dijalankan akan merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid
peroleh di mana mereka belajar. Selain itu, aktiviti panitia mata pelajaran
juga boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah
bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif.
Dengan
adanya aktiviti panitia mata pelajaran, prestasi kurikulum pelajar akan lebih
sempurna dan lebih sistematik. Pengurusan panitia yang baik dapat menjamin
indiktator kejayaan bagi setiap program yang dirancang akan lebih menyerlah di
samping komitmen serta kerjasama yang ditunjukkan oleh semua guru panitia mata
pelajaran.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin
canggih seiring dengan perkembangan teknologi seseorang guru panitia tidak
boleh lari daripada cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah
ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu
dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah
Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020.
RUJUKAN
Abdul Said
Ambotang & Norin Farizah Mohd Nuin. (2017, May 3). Implikasi Reformasi
dalam Pengurusan Data Murid di Sekolah. Utusan
Borneo Sabah, Diperoleh daripada https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20170503/282518658401831
Afidah Mohamat
Noh. (2005). Peranan seorang ketua panitia matematik terhadap pelaksanaan dan
pencapaian matematik dalam PMR (satu kajian kes). Tanjong Malim: Fakulti Sains
dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Brent Darwies,
Joh West- Burnham (2009) Mengurus Kualiti di Sekolah, Terjemahan Tengku Abdul
Aziz Tengku Zainal, Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Haliza Hamzah.
(2014). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd..
Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan sekolah:
Suatu panduan lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors